Kelas Multimedia (Membuat Gambar Format GIF)

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 22 September 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Asas Membuat Gambar Format GIF’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas membuat gambar yang berformatkan GIF.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar pada mulanya dikehendaki melayari laman sesawang EZGIF.COM (https://ezgif.com/maker). Laman ini dipilih kerana ia lebih mudah digunakan dan peserta akan lebih mudah untuk memahami. Pertama sekali, semua peserta dikehendaki untuk mengimport gambar yang mereka inginkan untuk dijadikan sebagai gambar GIF. Kemudian, semua peserta diajar cara mengubah gambar tersebut seperti memotong (crop), memutar (rotate), menukar saiz (resize), menambah efek gambar, menambah text serta cara menyimpan gambar tersebut untuk dijadikan sebagai gambar GIF.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali